New Arrival
RM 30.00
Summary
Buku Batu Nisan dan Kubur Bersejarah di Bukit St. Paul Melaka
membantu pengunjung tapak bersejarah ini dengan menyediakan maklumat
latar belakang batu nisan dan kubur lama yang ditemukan di Bukit St.
Paul. Buku ini memperincikan lokasi kubur bersejarah termasuk
salinan tulisan yang terdapat pada batu nisan. Terjemahan tulisan
Portugis dan Belanda pada batu nisan serta maklumat latar belakang
individu yang disemadikan di situ turut disertakan.
Maklumat yang terkandung dalam buku ini diharap dapat membuatkan
pengunjung Bukit St. Paul menghargai jasa mereka yang pernah tinggal
dan menetap di bandar Melaka semasa zaman Portugis, Belanda dan
British di Melaka yang penuh bersejarah serta menyedari bahawa
mereka adalah manusia sebenar yang menjalani kehidupan sebenar.
Kebanyakan mereka datang ke tanah ini dari tempat yang jauh dengan
penuh harapan dan aspirasi atau sekadar memenuhi tuntutan tugas,
namun akhirnya tidak kembali semula ke tanah air mereka.
Sesetengah mereka ini berasa hiba kerana meninggalkan pasangan,
anak, sahabat handai atau rakan taulan. Tugu peringatan ini akan
terus kekal abadi dan menjadi tanda agar generasi akan datang sedar
bahawa mereka pernah wujud pada suatu ketika dahulu.