New Arrival
RM 30.00
Summary
Kisah terowong bawah tanah yang terdapat di kota bersejarah Melaka
telah wujud sejak zaman-berzaman. Terdapat pelbagai cerita tentang
terowong yang berfungsi sebagai laluan kecemasan untuk gabenor
keluar secara rahsia dari kubu serta terowong sepanjang satu batu
yang pernah menghubungkan kubu Melaka dengan kubu di bukit St. John
dan dibina secara strategik untuk mempertahankan kota tersebut.
Terdapat juga kisah tentang sebuah terowong di bawah bukit St. Paul
dan sesiapa yang memasuki terowong tersebut terus lesap kerana
ditelan hidup-hidup oleh seekor ular raksasa mitos yang menjaga
terowong itu.
Apakah rahsia di sebalik terowong itu dan mengapakah manusia sanggup
bergadai nyawa turun ke dalam lubang yang gelap dan penuh misteri di
Melaka itu? Adakah harta karun yang hilang masih tersembunyi di
Melaka? Adakah Sultan Melaka yang terakhir menyembunyikan sejumlah
besar simpanan emasnya selepas Portugis menawan Melaka dan ruang
simpanan rahsia itu masih belum ditemukan sehingga kini? Adakah
Melaka merupakan Semenanjung Emas seperti yang digambarkan oleh
Ptolemy dan Ophir ialah sumber emas Raja Sulaiman?
Buku ini menyingkap lipatan sejarah yang merungkai legenda Melaka
yang paling luar biasa dan menakjubkan.